Air Products Home

News ReleaseAir Products Membekalkan Penyelesaian Bahan Bakar Oksi Bersepadu kepada Techpack Solutions di Korea Selatan

November 15, 2011 Kuala Lumpur, Malaysia

Air Products (NYSE: APD), sebuah pemimpin di dalam teknologi pembakaran bahan bakar oksi dan pembekal penyelesaian bersepadu kepada industri kaca dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu kontrak untuk membekalkan penyelesaian bersepadu bahan bakar oksi mereka kepada Techpack Solutions di Korea Selatan bagi mengurangkan pelepasan bahan cemar dan meningkatkan kecekapan tenaga dan daya pengeluaran di dalam pengeluaran kontena kaca dan pinggan mangkuk.

Di bawah kontrak itu, Air Products membekalkan penunu bahan bakar oksi dan skid kawalan aliran Cleanfire® HRiTM. Syarikat itu akan juga memasang unit penyerapan vakum berpusing (VSA) Prism® mereka di tapak Techpack Solutions bagi membekalkan oksigen yang ekonomikal dan boleh dipercayai di tapak yang digunakan untuk menjanakan alat penunu bahan bakar oksi bagi mencairkan kaca.

Dengan lebih 50 tahun pengalaman di dalam teknologi bahan bakar oksi, Air Products menawarkan satu penyelesaian bahan bakar oksi yang bersepadu, daripada bekalan gas kepada alat penunu bahan bakar oksi dan sistem dan teknologi kawalan yang ditempah khas, kepakaran teknikal dan reka bentuk, perkhidmatan pentauliahan, latihan keselamatan dan di tapak, kontrak penyelenggaraan dan pengurusan projek. Air Products telah memasang lebih daripada 1,500 alat penunu Cleanfire di seluruh dunia. Syarikat itu baru-baru ini mengumumkan satu lagi kontrak bagi penyelesaian bersepadu bahan bakar oksi kepada sebuah pengeluar gentian kaca di China. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: http://www.airproducts.com/industries/GlassMinerals.aspx.  

Sebagai sebuah teknologi pembakaran yang berinovatif, teknologi bahan bakar oksi membawa pelbagai faedah seperti pengurangan lebih 80 peratus di dalam pelepasan nitrogen oksida, peningkatan kira-kira 25 peratus di dalam daya pengeluaran, pengurangan modal, penjimatan 25 hingga 60 peratus tenaga dan pembaikan di dalam kecekapan dan kualiti kaca.

"Kami sangat berbesar hati kerana telah dipilih oleh Techpack Solutions untuk menyokong penukaran mereka kepada pembakaran bahan bakar oksi," kata Richard Huang, pengurus industri Asia bagi Kaca, Air Products. "Dengan Undang-undang Pertumbuhan Hijau Karbon Rendah yang baru di Korea Selatan dan digabung dengan peningkatan di dalam permintaan pasaran, para pembuat kaca di Korea boleh meraih faedah daripada teknologi bahan bakar oksi bagi mengurangkan pelepasan bahan cemar dan pada masa yang sama meningkatkan daya pengeluaran. Air Products adalah sebuah pemimpin di dalam teknologi yang inovatif ini dengan rekod perkhidmatan yang terbukti di seluruh dunia, dan pakar-pakar kaca kami akan membantu lebih ramai pembuat kaca di Asia untuk berkembang lebih mantap dan lebih hijau."

Ditubuhkan pada pertengahan tahun 1950-an, Techpack Solutions adalah merupakan pembekal penyelesaian pembungkusan terkemuka di Korea Selatan dan merupakan pengeluar botol kaca yang terbesar di negara itu. Syarikat itu membuat pelbagai jenis kontena kaca bagi industri makanan, minuman dan perubatan.

Maklumat mengenai Air Products
Air Products (NYSE:APD) memberi perkhidmatan kepada pelanggan di dalam pasaran industri, tenaga, teknologi dan penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan satu portfolio yang unik terdiri daripada gas atmosfera, gas proses dan khas, bahan prestasi, dan peralatan dan perkhidmatan. Ditubuhkan pada tahun 1940, Air Products telah membina kedudukan yang utama di pasaran pertumbuhan penting seperti bahan semikonduktor, kilang penapisan hidrogen, perkhidmatan penjagaan kesihatan kediaman, pencecairan gas asli, dan salutan termaju dan bahan perekat. Syarikat itu telah diiktiraf kerana budayanya yang berinovatif, kecemerlangan di dalam operasi dan komitmen kepada keselamatan dan alam sekitar. Untuk tahun fiskal 2011, Air Products telah mencatatkan pendapatan sebanyak $10.1 bilion, beroperasi di lebih 40 buah negara, dan mempunyai 18,900 orang pekerja di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.airproducts.com.  

NOTA: Siaran media ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam konteks peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Ligitasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah didasarkan kepada jangkaan munasabah dan andaian pihak pengurusan pada tarikh siaran media ini berhubung faktor-faktor risiko yang penting. Pencapaian sebenar dan keputusan kewangan mungkin berbeza daripada yang disasarkan dan anggaran yang dizahirkan di dalam kenyataan berpandangan ke hadapan itu disebabkan oleh banyak faktor yang tidak dijangkakan oleh pihak pengurusan, termasuk faktor risiko yang digambarkan di dalam Borang 10K Syarikat bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 September, 2011.

Connect with us on:

|
An error has occured, please fix the highlighted fields.
To request a quote or for more information about Air Products, please fill out the form below, and an Air Products representative will contact you shortly.
Please use the form below to contact us.

What can we answer for you?

  1. What kind of inquiry?

If you would prefer to contact us by phone, you can call any of our Air Products locations worldwide by visiting Worldwide Locations & Phone Numbers.

X

This site uses cookies to store information on your computer. Some are essential to make our site work; others help us to better understand our users. By using the site, you consent to the placement of these cookies. Read our Legal Notice to learn more.

Close