Air Products Home

News ReleaseKepakaran LNG Air Products Terpilih untuk Projek FLNG PETRONAS Malaysia Kedua

Projek LNG Luar Pantai Global Keseluruhan yang Ketiga bakal Menjalinkan Kontrak dengan Air Products

May 02, 2014 Lehigh Valley, Pa.

Air Products (NYSE: APD), peneraju dunia dalam teknologi dan peralatan gas asli cecair (LNG), hari ini mengumumkan pemeteraian persetujuan dengan JGC Corporation untuk membekalkan lesen pemprosesan, peralatan serta teknologi LNG milikan mereka untuk projek LNG terapung kedua PETRONAS (PFLNG 2) yang akan terletak di luar pesisiran pantai Malaysia.

Peralatan dan teknologi Air Products adalah penting untuk penghasilan 1.5 juta tan LNG setahun, yang disasarkan akan mula beroperasi pada tahun 2018, untuk pemilik projek Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), syarikat minyak dan gas kebangsaan Malaysia. Teknologi LNG Air Products telah dipilih untuk ketiga-tiga projek FLNG luar pesisir yang telah diumumkan dan sedang menjalani proses pembinaan di seluruh dunia setakat ini.

"Dalam sejarah LNG syarikat kami, kami sentiasa cuba untuk berada di hadapan trend pasaran dan kami berbesar hati kerana kami telah dipilih untuk projek FLNG kedua PETRONAS, serta untuk dua lagi projek LNG luar pantai global yang telah diumumkan setakat ini.

"Projek PFLNG 2, seperti projek LNG terapung pertama (PFLNG 1) PETRONAS, ialah projek yang penting untuk mengewangkan simpanan signifikan gas asli luar pantai yang sebaliknya tidak boleh dicapai. Kami gembira teknologi kami telah dipilih sebagai solusi untuk usaha ini sekali lagi," kata Bill Kennington, pengurus akaun utama - LNG dengan Air Products.

"Bagi projek serumit ini, saya percaya kami mempunyai kepakaran yang terbaik dari seluruh dunia untuk memikirkan solusi inovatif serta idea yang dapat mengubah hala tuju pasaran dengan menggunakan kejuruteraan yang terbaik dari segi reka bentuk dan juga peralatan yang selengkapnya untuk menjamin keselamatan, kualiti serta projek yang berdaya maju dari segi teknikal dan komersil," kata Datuk Abdullah Karim, naib presiden dan pengarah usaha niaga Projek LNG - Domestik, PETRONAS.

PFLNG 2, yang akan mengeluarkan gas asli dari Medan Rotan di Laut China Selatan, luar pesisir Sabah, Malaysia, akan menggunakan Proses dan Peralatan LNG AP-N™ Air Products. Air Products akan mengilang peralatan milikan ini termasuk "coil wound heat exchangers" serta "compressor-expanders" di kilang di Amerika Syarikat, dan "economizer cold boxes" di Tanjung Langsat, Malaysia. Peralatan proprietari itu akan dihantar dari kilang Air Products untuk dipasang menjadi modul dan selangsungnya akan dipasang atas kapal PFLNG 2.

Proses LNG AP-N™ adalah proses LNG kitar semula nitrogen yang paling cekap dalam industri ini, dan sesuai untuk FLNG berskala kecil. Teknologi ini adalah yang sama seperti yang dipilih untuk Projek PFLNG 1 PETRONAS yang telah diumumkan sebelum ini dan dalam proses pembinaan di Korea Selatan. Penggunaan Proses dan Peralatan LNG AP-N™ adalah lanjutan dari kejayaan pelaksanaan seksyen kitar semula nitrogen Proses dan Peralatan LNG AP-X® Air Products, dan telah beroperasi secara andal selama hampir lima tahun di Qatar. Proses dan Peralatan LNG AP-N™ dalam proses kitar semula nitrogen boleh dikonfigurasikan untuk tren tunggal pada jumlah kecil 1.5 juta tan setahun, atau kapasitinya boleh ditingkatkan lagi dengan penambahan prapenyejukan.

Air Products mempunyai hubungan kerjasama dengan PETRONAS sejak sekian lama. Hubungan kerjasama Air Products dengan PETRONAS sudah sejak sekian lama. Selain projek PFLNG 1, Air Products juga telah membekalkan teknologi dan peralatan LNG kepada berbilang tren LNG di kilang LNG darat PETRONAS di Bintulu, Malaysia, dimana tren yang pertama sudah beroperasi sejak tahun 1983. "Dengan dua projek FLNG sedang dibangunkan, PETRONAS menonjolkan dirinya sebagai peneraju kaedah canggih untuk pencairan gas asli luar pantai. Hubungan kerjasama kami dengan PETRONAS sudah bermula sejak tiga dekad lepas dan kami gembira untuk mengukuhkan ikatan ini dengan PETRONAS bersertakan projek-projek dalam pasaran yang kian membangun ini," kata Jim Solomon, pengarah - LNG dengan Air Products.

Selain dari dua projek FLNG PETRONAS ini, "coil wound heat exchangers" Air Products juga telah dipilih untuk projek LNG terapung Prelude Shell yang sedang dalam proses pembinaan dan dijangka akan digunakan di Lembangan Browse di pesisiran barat laut Australia Barat.

Sebahagian besar LNG seluruh dunia dihasilkan dengan teknologi Air Products. Air Products kini telah mereka bentuk, dan juga menghasilkan lebih daripada 100 "coil wound heat exchangers" yang telah dieksport untuk projek LNG seluruh dunia selama empat dekad lepas,. Pada bulan Januari yang lepas, Air Products telah merasmikan kilang LNG kedua Amerika Syarikat di Port Manatee, Florida. Dengan adanya kemudahan kilang baru ini, apabila digabungkan dengan kilang LNG Pennsylvania di Wilkes-Barre, ia akan menggandakan kapasiti untuk teknologi peneraju dunia proprietarinya agar dapat memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat dan khususnya untuk pengeluaran penukar haba LNG yang lebih besar.

Teknologi LNG Air Products ini adalah penting untuk memenuhi keperluan tenaga dunia yang semakin meningkat serta keinginan untuk tenaga bersih. Teknologi ini telah beroperasi di 15 negara di seluruh dunia, memproses dan mencairkan secara kriogenik gas asli yang bernilai bagi pengguna dan perindustrian. Teknologi dan peralatan proses LNG Air Products adalah tumpuan kilang penghasilan LNG. Teknologi ini, yang digunakan di beberapa lokasi paling terpencil di dunia, mengambil gas asli yang boleh dianggap sebagai sumber berharga yang terkandas dan membebaskan nilainya melalui kaedah pencairandan memungkinkannya untuk dihantar secara berhemat ke seluruh dunia. LNG itu kemudiannya akan dijadikan gas semula bagi kegunaan tenaga.

Demi menyokong industri LNG, Air Products membekalkan teknologi pemprosesan dan juga peralatan penting untuk proses pencairan gas asli untuk kilang eksport besar, kilang LNG kecil dan sederhana, kilang LNG terapung serta loji penyimpan lebihan LNG. Di peringkat huluan, Air Products membekalkan sistem selaput penyahhidratan nitrogen dan juga gas asli untuk platform luar pantai. Di peringkat hiliran, Air Products membekalkan penjana gas lengai kering untuk pembawa LNG, sistem nitrogen selaput atas kapal, serta sistem nitrogen kriogenik dan selaput darat untuk terminal import LNG dan juga kilang LNG tapak muatan.

Latar belakang Air Products
Air Products (NYSE:APD) menyediakan gas atmosfera, gas proses dan juga gas khas; bahan prestasi; peralatan; serta teknologi. Lebih kurang 70 tahun, syarikat itu telah membolehkan para pelanggan untuk menjadi lebih produktif, cekap tenaga dan mampan. Diiktiraf sebagai salah satu syarikat paling inovatif di dunia oleh Thomson Reuters dan majalah Forbes, lebih daripada 21,000 kakitangan di 50 negara membekalkan penyelesaian berkesan kepada pasaran tenaga, pasaran alam sekitar serta pasaran baharu. Ini termasuklah bahan semikonduktor, hidrogen penapisan, penggasan arang, pencairan gas asli, dan juga saduran serta pelekat canggih. Pada tahun fiskal 2013, Air Products mempunyai jualan sebanyak $10.2 bilion. Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.airproducts.com.
 
NOTA: Siaran ini mungkin mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam peruntukan kenyataan lindung diri Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Semua kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan dan andaian yang munasabah oleh pihak pengurusan setakat tarikh siaran ini, berkenaan faktor risiko yang penting. Prestasi dan keputusan kewangan sebenar mungkin benar-benar berbeza daripada unjuran serta anggaran yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan kerana pelbagai faktor yang tidak dijangka oleh pihak pengurusan, termasuk faktor risiko yang digambarkan dalam Borang 10K Syarikat itu bagi tahun fiskalnya yang berakhir pada 30 September 2013.

Connect with us on:

|

Contact Information

  • Asia
    Jessica Cheng
    +852-2863-0585
    Room 2503-5, 25/F
    148 Electric Road
    North Point
    Hong Kong
    F: (852) 2527-1922
  • Press Contact
    Art George
    610-481-1340
    Air Products and Chemicals, Inc.
    7201 Hamilton Boulevard
    Allentown, PA 18195-1501
    USA
  • Investor Contact
    Simon Moore
    (610) 481-7461
    Air Products and Chemicals, Inc.
    7201 Hamilton Boulevard
    Allentown, PA 18195-1501
    USA
    (610) 481-2729
An error has occured, please fix the highlighted fields.
To request a quote or for more information about Air Products, please fill out the form below, and an Air Products representative will contact you shortly.
Please use the form below to contact us.

What can we answer for you?

  1. What kind of inquiry?

If you would prefer to contact us by phone, you can call any of our Air Products locations worldwide by visiting Worldwide Locations & Phone Numbers.

X

This site uses cookies to store information on your computer. Some are essential to make our site work; others help us to better understand our users. By using the site, you consent to the placement of these cookies. Read our Legal Notice to learn more.

Close